Dengan rajinnya aku nak share tips dan petua hilangkan bulu – bulu halus kat muka untuk korang. Bukan semua memilikinya tapi sedikit perit bagi mereka yang mempunyai masalah ni. Harap dapat bantu korang serba sedikit.
Sediakan satu sudu gula, satu sudu putih telur dan satu sudu tepung jagung. Masukkan bahan – bahan ini dalam blender dan kisar sehingga sebati. Korang akan nampak adunan ni sedikit melekit nanti.
Lepas adunan dah siap, cuci muka korang sampai bersih, lapkan sehingga kering. Sapukan adunan tersebut pada muka dan biarkan kering seperti pakai mask. Selepas kering, tarik dengan perlahan – lahan untuk menanggalkan topeng dan bilaslah dengan air suam sehingga bersih. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment