Thursday, 8 September 2016

8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah

Haaaaa... Hari ni nak kongsikan kemungkinan antara 8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Akad
Nikah Dijalankan.. Jeng-jeng-jeng...Antara soalannya ialah.......


1) Dua Kalimah Syahadah Beserta Maksud

2) Al-Fatihah

3) Istighfar


4) Doa Qunut & Hukum Jika Tertinggal Doa Qunut Dalam Solat Subuh

                          


5) Rukun Iman
  • Percaya Kepada Allah
  • Percaya Kepada Malaikat
  • Percaya Kepada Kitab-kitab
  • Percaya Kepada Rasul
  • Percaya Kepada Hari Kiamat
  • Percaya Kepada Qada' dan Qadar

6) Rukun Islam
  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • Mendirikan Solat 5 Waktu
  • Berpuasa Di Bulan Ramadhan
  • Menunai Zakat
  • Menunaikan Haji Bagi Yang Berkemampuan

7) Rukun Nikah

    * Pengantin Lelaki
  • Islam, baligh, berakal. 
  • Perempuan yang ingin dikahwini itu bukan mahramnya.
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah.
  • Tidak dipaksa kahwin.
  • Tidak beristeri lebih dari 4 orang.

    * Pengantin Perempuan
  • Islam.
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah.
  • Bukan isteri kepada seseorang.
  • Tidak berada dalam iddah.

    * Akad ( Ijab & Qabul )
  • Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan lain dari maksud nikah atau kahwin diantara ijab & qabul.
  • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab & qabul.
  • Lafaz ijab & qabul membawa maksud yang sama.
  • Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab & qabul.

    * Wali
  • Islam, baligh, berakal.
  • Merdeka.
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah.
  • Bukan seorang lelaki yang fasik.

    * 2 Orang Saksi
  • Islam, baligh, berakal.
  • Merdeka.
  • Boleh melihat & mendengar dengan baik.
  • Tanggungjawab wali bukan keatasnya.

8) Lafaz Niat Mandi Hadas

                        


Friday, 11 March 2016

Inner Shine Pati Prun.. Bagus untuk kesihatan dalaman

Salam semua.. Kali ni kita nak cerita pasal Inner Shine Pati Prum.. Alang2 ternampak, terus terasa nak mencuba.. So far alhamdulilah.. Berkesan dengan aku.. Beli dalam kotak rupa camni.. Rasenya masam2 cikit.. Tapi memang sedap.. 


Yang ni lak bentuk botol dye.. Boleh la kalau nak makan 4 hari sekali ke.. Pada yang rase nak cuba sesuatu yang baru, kite saran kn minum la inner shine ni.. 


Saturday, 7 November 2015

Cara mudah kekal sihat, cergas dan aktif!

Untuk memastikan tubuh anda kekal sihat & cergas,pertama sekali yang perlu anda ketahui adalah dengan sentiasa menjaga berat badan ideal. Cara-caranya ialah dengan mengurangkan makan makanan yang berminyak contohnya yang bergoreng. Makanan ringan ataupun jajan semamangnya menyelerakan tapi harus la tidak diambil dalam kuantiti yang banyak.. Sikit cukup laaa... Ni kalau melantak sakan, macam mana nak kekal sihat, cerdas & aktif kan.. Memang kelaut la jawapnye... Kalau dah gatal sangat mulut nak mengunyah, ape kata gantikan dengan sesuatu yang menyihatkan seperti buah-buahan segar & kekacang.. 

Langkah-langkah berikut dapat membantu dalam mencegah timbunan lemak seterusnye menjadikan badan kita sentiasa sihat.


  •  Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari ternyata mampu meningkatkan stamina tubuh, ketahanan jantung dan melancarkan proses pengaliran darah
  •  Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.
  • Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.
  • Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.
  • Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.
  • Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
  • Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan.
  •  Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran. 
  • Berfikiran positif secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk bertindak dengan lebih rasional. Minda yang positif menghasilkan tubuh yang sihat.
  • Minum Teh.. Satu kajian telah menunjukkan bahawa minum teh hitam dan teh hijau mengandungi polyphenol yang berfungsi sebagai antioksida. Antioksida ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. 
  • Hirup Udara Segar.. Luang masa selama 10 minit untuk menghirup udara segar setiap hari. Ia dapat membantu anda rasa segar sepanjang hari.
  • Meditasi.. Meditasi terbukti memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa kerana ia membantu menghilangkan tekanan. Bagi penganut agama Islam, amalan solat sunat pada tengah malam merupakan salah satu terapi mental dan fizikal.
SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 26 August 2015

Jalan-Jalan Bukit Tinggi ( Part 2 )

Orait.. Entry Yang Lepas Bercerita Pasal Tempat Ala Perancis.. Now, Kite Bercerita Pulak Pasal Tempat Stail Jepun.. Sebijik Rase Macam Kat Jepun.. Siap Ade Rumah Jepun Pon.. Dah La Fanatic Sikit Ngn Jepun.. Haha.. Biol Gak Aku Ni Kan.. Tempat Ni Juga Dipanggil Taman Teh Jepun Yang Pertama Di Hutan Hujan Tropika.. Kalau Tak Silap La Ye.. Kat Cini Kalau Nak Sewa Baju Kimono Pon Boleh.. So.. Check it out. .

Jalan-Jalan Ke Bukit Tinggi ( Part 1 )

Tetiba Nak Berjalan Ke Bukit Tinggi, Pahang.. Dengar-dengar Tempat Ni Macam Kat Luar Negara.. Ala-ala Perancis Dan Jepun.. Nak Melancong Ke Luar Negara Entah Bile Kan.. Jadi Decide Nak Bawak Family Ke Sini La.. 1st Kite Pi Dulu Tempat Ala Perancis Ni.. Namanye Colmar Palace.. Lau Tak Silap Teman La Ye.. Siap Ade Wishing Wheel..

Sahur @ Breakfast? ?

Sahur @ breakfast ?? Dua2 pn boleh.. disebabkn kerja mlm harini tak boleh tido, so kite ternak lemak pulak la ye.. Apapun memang sedap la...