Saturday, 7 November 2015

Cara mudah kekal sihat, cergas dan aktif!

Untuk memastikan tubuh anda kekal sihat & cergas,pertama sekali yang perlu anda ketahui adalah dengan sentiasa menjaga berat badan ideal. Cara-caranya ialah dengan mengurangkan makan makanan yang berminyak contohnya yang bergoreng. Makanan ringan ataupun jajan semamangnya menyelerakan tapi harus la tidak diambil dalam kuantiti yang banyak.. Sikit cukup laaa... Ni kalau melantak sakan, macam mana nak kekal sihat, cerdas & aktif kan.. Memang kelaut la jawapnye... Kalau dah gatal sangat mulut nak mengunyah, ape kata gantikan dengan sesuatu yang menyihatkan seperti buah-buahan segar & kekacang.. 

Langkah-langkah berikut dapat membantu dalam mencegah timbunan lemak seterusnye menjadikan badan kita sentiasa sihat.


  •  Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari ternyata mampu meningkatkan stamina tubuh, ketahanan jantung dan melancarkan proses pengaliran darah
  •  Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.
  • Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.
  • Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.
  • Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.
  • Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
  • Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan.
  •  Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran. 
  • Berfikiran positif secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk bertindak dengan lebih rasional. Minda yang positif menghasilkan tubuh yang sihat.
  • Minum Teh.. Satu kajian telah menunjukkan bahawa minum teh hitam dan teh hijau mengandungi polyphenol yang berfungsi sebagai antioksida. Antioksida ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. 
  • Hirup Udara Segar.. Luang masa selama 10 minit untuk menghirup udara segar setiap hari. Ia dapat membantu anda rasa segar sepanjang hari.
  • Meditasi.. Meditasi terbukti memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa kerana ia membantu menghilangkan tekanan. Bagi penganut agama Islam, amalan solat sunat pada tengah malam merupakan salah satu terapi mental dan fizikal.
SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment