Nama ku Ina Syahara.. Tentang aku, aku seorang yang simple, happy go lucky.. Suka memehartikan banyak perkara.. Suka mencuba sesuatu yang baru..
Wednesday, 18 November 2015
Saturday, 7 November 2015
Cara mudah kekal sihat, cergas dan aktif!
Langkah-langkah berikut dapat membantu dalam mencegah timbunan lemak seterusnye menjadikan badan kita sentiasa sihat..
- Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari ternyata mampu meningkatkan stamina tubuh, ketahanan jantung dan melancarkan proses pengaliran darah
- Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.
- Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.
- Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.
- Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.
- Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
- Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan.
- Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran.
- Berfikiran positif secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk bertindak dengan lebih rasional. Minda yang positif menghasilkan tubuh yang sihat.
- Minum Teh.. Satu kajian telah menunjukkan bahawa minum teh hitam dan teh hijau mengandungi polyphenol yang berfungsi sebagai antioksida. Antioksida ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah.
- Hirup Udara Segar.. Luang masa selama 10 minit untuk menghirup udara segar setiap hari. Ia dapat membantu anda rasa segar sepanjang hari.
- Meditasi.. Meditasi terbukti memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa kerana ia membantu menghilangkan tekanan. Bagi penganut agama Islam, amalan solat sunat pada tengah malam merupakan salah satu terapi mental dan fizikal.
Wednesday, 26 August 2015
Jalan-Jalan Bukit Tinggi ( Part 2 )
Orait.. Entry Yang Lepas Bercerita Pasal Tempat Ala Perancis.. Now, Kite Bercerita Pulak Pasal Tempat Stail Jepun.. Sebijik Rase Macam Kat Jepun.. Siap Ade Rumah Jepun Pon.. Dah La Fanatic Sikit Ngn Jepun.. Haha.. Biol Gak Aku Ni Kan.. Tempat Ni Juga Dipanggil Taman Teh Jepun Yang Pertama Di Hutan Hujan Tropika.. Kalau Tak Silap La Ye.. Kat Cini Kalau Nak Sewa Baju Kimono Pon Boleh.. So.. Check it out. .
Jalan-Jalan Ke Bukit Tinggi ( Part 1 )
Sahur @ Breakfast? ?
Sahur @ breakfast ?? Dua2 pn boleh.. disebabkn kerja mlm harini tak boleh tido, so kite ternak lemak pulak la ye.. Apapun memang sedap la...
Boleh Ke Tak?
Sesampai Dari Tempat Kerja, Cari Parking.. Terjumpa Satu Lot Parking Ni.. Dok Pikir Berkali-kali, Lepas Ke Tidak Aku Nak Parking Scuderia Aku Ni.. Setelah Mencuba Masukkan Scuderia Kesayangan Aku Ni, Ternyata Ianye Tak Muat.. Jadi Solution Nye Ialah, Kite Parking Haram La Jawapnye.. Hahaha..
Tuesday, 25 August 2015
21 Petua dan Cara Menghilangkan Kelemumur (Serta Tips Mencegahnya)
Cara #1: Menggunakan Syampu Yang Sesuai
Cara #2: Yogurt
Cara #3: Aspirin
Cara #4: Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)
Cara #5: Pisang dan Cuka
Cara #6: Baking Soda
Cara #7: Baking Soda dan Cuka
Cara #8: Baking Soda dan Limau Nipis/Purut
Cara #9: Minyak Bayi (Baby Oil)
Cara #10: Egg oil (Eyova)
Cara #11: Minyak Kelapa (Coconut oil)
Cara #12: Kelapa dan Madu
Cara #13: Minyak Cedarwood
Cara #14: Tea Tree Oil
Cara #15: Minyak Zaitun (Olive Oil)
Cara #16: Neem dan Minyak Zaitun
Cara #17: Biji Fenugreek
Cara #18: Mouthwash
Cara #19: Lemon/Limau Purut/Limau Nipis
Cara #20: Limau Purut dan Curd
Cara #21: Kuning Telur
Wednesday, 20 May 2015
10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran
2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Saturday, 2 May 2015
AWAS..!!! 7 Nama Bayi Yang Perlu Di Elakkan, No 4 Adalah Yang Paling Ramai Gunakan !!!
TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan??? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.
Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :::
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua...
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.
Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut...
Nasihat kubur - Luangkan Masa 2 Minit Membacanya
Nasihat Kubur:
Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)
Antara Sebab Mengapa Rasullulah Melarang Suami Balik Lewat Malam Terus Meniduri Isterinya
Dalam kitab Al Ishabah, Ibnu Hajar Al Asqalani menceritakan asbabul wurud hadis yang melarang pulang safar di malam hari.Telah beberapa hari sahabat itu musafir. Dan malam ini, ia pulang ke Madinah dan terus menemui isterinya. Betapa terkejut dirinya, ternyata ada seseorang yang bertubuh tinggi besar tidur di sebelah isterinya.
Ia terus mencabut pedang dan berniat menetak orang itu. Nasib baik, ia terlebih dulu mencolek isterinya dengan pedang tersebut dan bertanya, "Siapa orang ini?"Ini Fulanah, si tukang sikat. Ia tadi mendandaniku dan kerana terlambat pulang, ia bermalam di sini, "jawab si isteri.
Alhamdulillah ... hampir sahaja ia melakukan kesalahan maut jika saja tidak bersabar dan terus menebaskan pedangnya ke orang tersebut, yang ternyata adalah perempuan tukang sikat. "
Paginya, selepas solat Subuh, sahabat ini menghadap Rasulullah dan menceritakan kisahnya semalam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda,
إِذَا دَخَلْتُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ طُرُوقاً
"Jika salah seorang dari kalian musafir, janganlah dia mendatangi isterinya di malam hari" (HR. Ahmad)
إِذَا قَدِمَ أَحَدُكُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَهْلَهُ طُرُوقًا حَتَّى تَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ وَتَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ
"Jika salah seorang dari kalian datang pada malam hari maka janganlah dia mendatangi isterinya. (Berilah berita terlebih dahulu) agar wanita yang ditinggalkan suaminya mencukur bulu-bulu kemaluannya dan menyisir rambutnya "(HR. Muslim)
"Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari," terang beliau, "maka pulang malam pun boleh. Begitu pula jika telah ada maklumat awal yang memberitahu ketibaan kepada isteri dan keluarganya, tidak mengapa. "
Para sahabat dan sahabiyah sangat mengerti dengan sunnah ini. Itulah mengapa ketika Abu Thalhah pulang dari berjihad, Ummu Sulaim menyambutnya dengan hangat dan mengajaknya ke tempat tidur walaupun saat ini anaknya baru sahaja meninggal. Ummu Sulaim melupakan kesedihannya kehilangan anak dan tidak mahu suaminya terpikirkan berita duka itu hingga kehilangankeghairahannya. Justeru kerana kesabaran inilah, keesokan harinya Rasulullah mendoakan keberkatan bagi kedua-duanya.