Sunday, 26 April 2015

PERKARA PENTING MENGENAI PERTUNANGAN YANG SERING DILUPAKAN

Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan. Tak payah tunang la, kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki. Adakah perbuatan sedemikian wajar?? Sila ambil berat! Pertunangan perlu dirahsiakan.

Dibawa ini ada penjelasan kenapa pertunangan perlu dirahsiakan. Jom baca dan harap lepas baca ni, timbul rasa keinsafan dalam jiwa ye.


Renung betul-betul, kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain.

Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu.

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan. Tak payah tunang la, kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki. Adakah perbuatan sedemikian wajar?? Sila ambil berat! Pertunangan perlu dirahsiakan.

Dibawa ini ada penjelasan kenapa pertunangan perlu dirahsiakan. Jom baca dan harap lepas baca ni, timbul rasa keinsafan dalam jiwa ye.


Kasut Adidas Pertama Di Dunia – Rekaan Yang ‘Menyeramkan’ (17 Gambar)

Adi Dassler bermula kerjaya sebagai pembuat roti, tetapi semangat tinggi dan beliau lebih kepada pembuatan kasut sukan.


Pemilihan imej dan gaya kasut dari syarikat pertama adi iaitu ‘gebruder dasher schuhfabrik’, yang kini dikenali sebagai adidas, termasuk kasut trek dan kasut padang, yang terdiri daripada kasut pecut untuk melompat cleats dari tahun 1920-an – yang dipakai dalam persembahan sukan Olimpik di pelbagai tempat dari 1920-1930 .
Di bawah adalah kasut pecut pertama Adi Dassler, salah satu paten pertama beliau dari German pada tahun 1925,  yang telah dibangunkan untuk memecut dan jarak pertengahan trek sehingga 800m dan mempunyai padang yang direka bio-mekanikal daripada 60mm. Kasut ini dari bahan yang diperbuat daripada kulit kambing.
Kalau di lihat pada ‘paku’ di tapak kasut ini,memang amat menyeramkan, bayangkanlah kalau terpijak kaki, jangankan berlubang kaki, masuk hospital jugak nampak gayanyer…

1


2

 Gebruder dassler schuhfabrik ‘rennschuh’ – 1925, sprint shoe shoe size: 6 (UK), 176 g
3
lina radke-batschauer – modell waitzer – 1928, sprint shoe
4
helene schmidt – modell waitzer – 1928, sprint shoe




5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16
17

10 Kemalangan Dengan Kerugian Terbesar Dalam Sejarah!

Jika anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling ‘mahal’ di dunia..


1
 1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.
2
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.



5
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.
5
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
5
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
1
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
1
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
1
10.Titanic ($150 Juta)\
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

Rakyat Malaysia Dan 16 Jenis Nasi Yang Tak Dapat Dipisahkan

Nasi sememangnya merupakan makanan ruji bagi kita rakyat Malaysia. Ada segelintir daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pergi mana-mana mesti kena ada nasi. Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap. Betul tak?

Jadi, mari sama-sama kita lihat 16 jenis nasi yang sudah sebati dengan seluruh rakyat Malaysia. Selamat menjamu mata!
1. Nasi Kerabu
Nasi kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, serbuk kelapa, budu dan sayur-sayuran yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (bunga telang) yang digunakan dalam masakan. Nasi Kerabu sering dimakan dengan solok lada dan juga keropok goreng.
Nasi Kerabu amat popular di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga di selatan Thailand.
2. Nasi Dagang
Nasi dagang
Nasi Dagang adalah beras yang dikukus di dalam susu kelapa, kari ikan dan bahan-bahan tambahan seperti kelapa goreng dicukur, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran. Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.
Nasi dagang yang paling terkenal di Terengganu berasal dari Kampung Ladang, sebuah kawasan di dalam daerah Kuala Terengganu. Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu untuk dimakan sebagai sarapan sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.
3. Nasi Minyak
Nasi minyak
Nasi Minyak memang sangat popular dan menjadi hidangan utama bagi majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. Rasa janggal jika sesebuah majlis perkahwinan tidak menyajikan nasi minyak kepada tetamu yang datang.
Hidangan sampingan kegemaran untuk dimakan bersama Nasi Minyak adalah ayam masak merah, daging lembu, kuah dhall, acar buah dan juga papadom. Kalau ingin mencuba hidangan ini, kenalah hadir ke mana-mana majlis perkahwinan orang Melayu.
4. Nasi Tumpang
Nasi tumpang
Nasi Tumpang adalah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih dengan campuran lapisan hidangan lain yang berbeza yang kemudiannya dibungkus dalam bentuk kon daun pisang.
Secara tradisinya, ia adalah makanan ruji pelancong atau petani di Kelantan untuk dibawa bersama ketika bekerja. Nasi Tumpang padat dengan lapisan seperti telur, daging lembu atau ikan benang, sambal, timun, serunding dan lain-lain.
5. Nasi Tomato
Nasi tomato
Nasi Tomato merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.
Rasa hidangan nasi tradisional ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras. Kadang-kadang, kismis dan gajus-kacang juga turut ditambah ke dalam campuran untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai. Nasi Tomato didatangkan dengan ayam masak merah atau ayam rendang, daging, patcheri nanas dan dalcha.
6. Nasi Kandar
Nasi kandar
Siapa yang tak kenal Nasi kandar? Ini adalah antara hidangan paling popular di Malaysia, yang berasal dari pulau mutiara, Pulau Pinang. Ia adalah hidangan nasi yang disajikan dengan pelbagai aneka kari dan kuah dituang ke atas nasi beserta hidangan sampingan lain.
Antara hidangan sampingan yang selalu datang dengan Nasi Kandar adalah ayam goreng, daging lembu, daging kambing, ketam, sotong, udang, telur, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting, campuran kuah dan kari mesti dituang terus ke atas nasi sehingga ‘banjir’.
7. Nasi Beringin
Nasi beringin
Barangkali ada yang tidak pernah mendengar nama Nasi Beringin sebelum ini. Hidangan ini dikatakan berasal dari negeri Johor dan sangat popular di daerah Muar. Ia seakan-akan nasi minyak tetapi berlainan dari segi penampilan kerana warna nasi yang agak keputihan, rasa dan juga hidangan sampingan.
Biasanya Nasi Beringin dihidang bersama ayam masak merah atau ayam rendang, daging lembu, sambal, acar buah, sayur-sayuran beserta sup.
8. Nasi Ulam
Nasi ulam
Nasi Ulam adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Nasi Ulam di Malaysia terdiri daripada nasi putih, sayur-sayuran segar seperti kangkung, kacang panjang, petai, kacang botor dan lain-lain, dan dimakan dengan telur masin, ikan goreng dan sambal belacan. Ikan goreng kadang-kadang dicincang dan dicampurkan ke dalam nasi.
Versi ini adalah perkara biasa di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Nasi kerabu juga merupakan sejenis nasi ulam di mana nasi diwarnakan biru yang terkenal di negeri-negeri pantai timur.
9. Nasi Hujan Panas
Nasi hujan panas
Nasi Hujan Panas adalah resipi nasi Melayu yang popular di Malaysia dan Indonesia. Sesetengah orang merujuk hidangan ini sebagai “Rainbow Rice” kerana memaparkan beras berwarna-warni. Ia biasanya dihidangkan dengan masakan Melayu yang lain seperti rendang daging atau kari ayam.
Ciri utama Nasi Hujan Panas ialah rupanya yang berwarna-warni. Penampilannya tidak pernah gagal dalam menarik minat orang ramai untuk menjamu selera terutama golongan kanak-kanak.
10. Nasi Lemak
Nasi lemak
Dikenali sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, Nasi Lemak sememangnya merupakan hidangan kegemaran semua orang. Nasi lemak adalah hidangan beras wangi yang dimasak dalam santan dan daun pandan yang juga popular di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Kepulauan Riau dan selatan Thailand. Ia sangat sesuai disajikan pada bila-bila masa tidak kira untuk hidangan sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam.
11. Nasi Kukus
Nasi kukus
Hidangan Nasi Kukus seperti dalam gambar mula popular pada tahun 2007 di mana ia pada awalnya hanya dijual di gerai-gerai tepi jalan. Kini nasi kukus telah menjadi popular sebagai salah satu hidangan untuk makan tengahari dan turut dijual di pelbagai restoran di serata Malaysia.
Nasi Kukus biasanya terdiri daripada nasi putih yang dikukus, ayam goreng, kuah kari, sambal dan sedikit sayur-sayuran.
12. Nasi Ambeng
Nasi ambeng
Nasi Ambeng atau Nasi ambang adalah hidangan beras wangi terdiri daripada nasi putih disediakan dengan kari ayam atau ayam goreng, sayur-sayuran, mi goreng, ikan masin, daging, serbuk kelapa, telur, sayur-sayuran dan sebagainya.
Ia merupakan sebuah masakan popular masyarakat Jawa, terutama Jawa-Melayu di negeri-negeri di Semenanjung seperti Selangor dan Johor, dan juga di Jawa, Indonesia. Secara tradisinya, Nasi Ambeng dihidangkan semasa perayaan dan dihidangkan di dalam dulang untuk dinikmati bersama-sama oleh empat hingga lima orang. Tetapi sekarang ia boleh dijumpai di kedai-kedai makan yang dijual untuk hidangan satu orang.
13. Nasi Beriyani
Nasi briyani
Nasi Beriyani merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah, beras (biasanya basmati) dan ayam, daging kambing, ikan, telor atau sayur-sayuran. Satu variasi Nasi Beriyani yang sangat terkenal di Malaysia ialah Nasi Beriyani Gam. Nasi Beriyani Gam, dimasak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama ‘lapisan’ beras.
Perkataan “Beriyani” diambil daripada bahasa Parsi yang bererti “goreng atau panggang”. Beriyani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim yang kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Selatan India. Nasi beriyani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
14. Nasi Impit
Nasi impit
Ada ke orang Malaysia yang tak suka Nasi Impit? Ini adalah hidangan yang boleh kata paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia merupakan hidangan paling utama untuk dihidangkan kepada para tetamu ketika Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.
Sesetengah orang menganggap Nasi Impit ini wajib disajikan sekali dengan kuah kacang. Kalau tiada kuah kacang, memang tidak lengkap. Ia turut melengkapi hidangan lain seperti satay, lodeh atau lontong, rendang daging atau ayam, ayam masak merah dan timun.
15. Nasi Ayam
nasi ayam
Salah satu hidangan yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Pergi sahaja ke mana-mana pasti hidangan Nasi Ayam sangat mudah untuk ditemui. Rasanya semua sudah sedia maklum dengan Nasi Ayam bukan? Nasi berwarna kuning, dihidang bersama ayam, sayur timun, salad dan juga tomato. Tidak lupa juga sup, kicap dan sos bagi menambahkan lagi perisa.
16. Nasi Bujang
Nasi bujang
Yang paling mudah dan paling murah tentunya Nasi Bujang. Hidangan Nasi Bujang hanya terdiri daripada nasi putih, telur dadar beserta dengan sup kosong dan juga sambal belacan. Untuk menambahkan perisa, biasanya nasi putih itu akan dituangkan dengan kicap manis.
Nama Nasi Bujang dikaitkan dengan gaya hidup orang bujang dan juga pelajar yang suka berjimat cermat kerana tidak mempunyai banyak wang, terutamanya lelaki. Ia boleh didapatkan di pelbagai kedai makan di serata tempat dan selalunya hanya dicaj sebanyak RM2 bagi satu hidangan. Sangat murah! Memang sesuai dengan orang bujang.