Sunday, 26 April 2015

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Sarapan Pagi
Kebanyakan ramai yang skip menu pagi sebab bangun lewat. Tips pertama yang patut korang amalkan adalah bangun awal sebab kalau lebihan tidur lemak akan terkumpul dan badan less aktif jadi lebih banyak kita menyimpan kalori. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
Minum Air Masak
Air masak antara elemen penting untuk kuruskan badan. Sebelum nih aku kerap skip tapi since badan aku mengecil dan waktu berdiet biasanya anak tekak lebih nakkan air suam dari air bergula. Dengan sendirinya, kita akan minum air masak dengan banyak dan kurangkan makanan berat. Macam mana? Kena bermula kurangkan makanan berat dan tahan nafsu makan dengan betul. Air masak ni fungsi dia mencuci sisa toksik dalam badan dan mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Makan Sebelum 8 malam
Maksud makan sebelum 8 malam ni adalah jangan ambil makanan berat dan gantikan dengan makanan ringan contoh buah – buahan dan cereal. Tapi waktu siang jangan pulak digandakan jumlah nasi tuh mahu berat tak turun.
Elakkan Minuman Berais
Minuman Ais nih kira air wajib bagi orang sekarang termasuk aku. Tapi waktu berdiet aku memang pantang minum air sebabnya bila kita diet, perut kita akan cuba menerima perubahan baru dan bila minum air takut terkejut dan boleh menyebabkan angin dalam urat. Tak pasal – pasal sendawa tak berhenti – henti nanti.
0 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat
Banyakkan Berjoging
Joging nih takdelah sampai korang kena pergi setiap hari ke taman. Macam aku versi moden pergi berjalan kaki di uptown 2-3 jam tak duduk tapi keliling sampai 5-6 kali. Takpun selalunya pergi pusing -pusing kat times square sampai lebam haa itu dah bagi latihan kecilkan peha. Mudahkan?
Makan Banyak Kali
Amalkan makan banyak kali tapi dengan portion yang kecil tapi dengan perlahan – lahan. Otak biasanya lambat memberikan isyarat kenyang walaupun perut dah penuh. Makan dengan perlahan dapat mengurangkan makan sehingga penuh dan menjaga nafsu makan dengan betul.

No comments:

Post a Comment